Selamat datang ke Koperasi Pembangunan Kampung Teluk Petata Baling Berhad

Wednesday 28 December 2011

KOPETATA

SELAMAT DATANG KE KOPERASI PEMBANGUNAN KAMPUNG TELUK PETATA BALING BERHAD

Alamat:
Lot 2951, Kg. Tiak, Jalan Raya Kupang Gerik,
09200 Kupang. kedah Darul Aman
Kilang IKS
No.2, Kilang IKS KEDA, Batu 42, Pulai 09100 Baling. Kedah
Phone : 019-5432317 (Basrah)
019-5041821 (A.Rahman) 
Koperasi Pembangunan Masyarakat Kampung Teluk Petata Baling Kedah Berhad didaftarkan dibawah akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia.pada 31 Disember 2006. di kenali dengan nama KOPETATA. Pada asalnya anggota terdiri daripada peserta-peserta Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) yang berada dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Matlamat utama penubuhan adalah untuk mengumpul, membungkus, melebel, menjemana, mempromosi dan memasarkan produk-produk usahasil masyarakat setempat di kampung Telok Petata, bagi menambah pendapatan keluarga miskin dikawasan sekitar.

Disamping mengumpul dan memasarkan produk yang diusaha hasilkan oleh masyarakat setempat, koperasi juga mengeluarkan beberapa produk makanan seperti ikan pekasam, kuih bauhulu, kopi kampung Ori,  jenama PETATABEST yang mendapat sambutan meluas sehingga ke Sabbah dan Sarawak

Kini koperasi melangkah setapak lagi dengan memasarkan produk-produk penjagaan kesiahatan dan kecantikan yang di usaha hasilkan oleh anggota koperasi sendiri seperti : SABUN MUKA, PATI KULIT KAYU MANIS, SABUN BERUBAT KULIT BUAH DELIMA, KRIM PELEMBAP, GEL RAMBUT ANTI GUGUR & ANTI KELEMUMUR, PENCUCI ISTIMEWA WANITA. 












No comments:

Post a Comment